Sejarah

perasmian skkb



Pada tahun 1912,diatas inisiatif orang-orang kampung kawasan ini, didirikan sebuah sekolah diatas tapak tanah EMR 472 , Lot 1112 di Parit Hailam , Senggarang , Batu Pahat.

Sekolah ini dibina dari pada kayu-kayu bulat dan beratapkan nipah dan diberi nama SEKOLAH MELAYU KAMPUNG BAHRU. Sekolah dibina dengan gotong royong penduduk kampung . Beberapa orang penduduk tempatan iaitu terdiri dari pada Naib Penghulu Mukim 10 , Tuan Hj. Karidin dan rakan-rakan mereka adalah merupakan pengasas sekolah ini.Gurunya pada peringkat awal hanya dua orang iaitu En. Bon bin Mohd Arif (guru besar ) dan seorang guru penolong.Tahun 1923 adalah tahun yang bersejarah dalam perkembangan Sek. Keb. Kampung Bahru , kerana pada tahun ini sekolah baru di bina oleh pihak kerajaan di atas tapak yang ada sekarang.Bangunan ini terdiri daripadabangunan separuh batu.Tn. Hj. Nor bin Noriman telah bermurah hati mewakafkan bidang tanah seluas 1/4 ekar untuk tapak bangunan ini


Pada tahun 1947, Sekolah Seri Cahaya Timur ditubuhkan tidak jauh dari tapak Sekolah Melayu Kampong Bahru. Sekolah ini khusus untuk murid-murid perempuan dan Guru Besar pertamanya ialah Puan Hjh. Zahrah bt. Mohd Salleh ( 1947-1957 ).

Tahun 1952, Sekolah Seri Setia ditubuhkan untuk murid-murid lelaki sahaja. Tapak sekolahnya di Sekolah Melayu Kampong Bahru.

Tahun 1962, ketiga-tiga sekolah ialah Sekolah Melayu Kampong Bahru, Sekolah Seri Setia dan Sekolah Seri Cahaya Timur digabungkan dibawah satu pentadbiran iaitu Sekolah Kebangsaan kampong Bahru.

Guru Besar pertama di sekolah baru ialah En. Hamzah b. Abdullah.Pada tahun 1974, sebuah bangunan dua tingkat telah didirikan bagi menganti bangunan lama.Bangunan ini mengandungi 11 buah bilikdarjah, sebuah pejabat guru besar sebuah bilik guru, sebuah setor barangan dan di samping itu sebuah kantin dan sebuah tempat meletak kereta dan basikal.Bangunan ini dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Dr. Mahathir b. Mohammad yang menjadi menteri pelajaran ketika itu.( Th.1976 ).Boleh dikatakan semua ibubapa / penjaga murid-murid kawasan ini,iaitu melebihi 95% boleh membaca dan menulis.Mata pencarian ibubapa / penjaga murid-murid sekolah ini ialahmakan gaji seperti (guru, pegawai kerani, polis, buruh JKR, JPS dan Pertanian).Berniaga, Nelayan, Mengambil Upah, Bekerja Sendiri. Sebahagian daripada murid-murid sekolah ini adalah terdiri dari murid-murid asli. Murid-murid sekolah ini datang dari Kampung BahruPt. HailamPt. BotakPt. Kalong Gantung, Pt. Kalong Getah dan Kg. Sri Pantai ( Kampung Orang Asli )




Senarai Guru Besar SK Kampong Bahru

BIL
NAMA GURU BESAR
TAHUN
1
BON BIN MD ARIF
1912 – 1920
2
MOHD BIN ARIFIN
1920 – 1923
3
HAMZAH BIN ABDULLAH
1923 – 1924
4
MAHADI BIN ABDULLAH
1924 – 1928
5
HJ HARON BIN AWANG
1928 – 1938
6
SAAT BIN ABDULLAH
1938 – 1939
7
HJ OTHMAN BIN ABDULLAH
1939 – 1947
8
HJ KADAM BIN YASIN
1947 – 1955
9
HJ ROYANI BIN HJ SALLEH
1955 – 1975
10
HJ MOHD NOOR BIN ABDULLAH
1975 – 1977
11
AYUB BIN HARUN
1978 – 1981
12
ABD RAHMAN BIN GHANI
1981 – 1983
13
ABDULLAH BIN JAMIL
1984 – 1989
14
HJ ABD JALIL BIN HJ IBRAHIM
1989 – 1991
15
HJ ALHAM BIN HJ JAMAL
1991 – 1995
16
HJ MOHD YUSOF BIN PUTIH
1995 – 1996
17
HJH HAMZAH BT DAHLAN
1997 – 1997
18
ALI BIN MOHD YUNOS
1997 – 2009
19
ZAINAL ARIFIN BIN ABD HAMID
2009 – 2010
20
AB HALIM BIN AB SAMAD
2011 - KINI

No comments:

Post a Comment